One Malaysia

WeLcome At mY pAgE
PLease

Don't close this browser window until the reading is complete

Showing posts with label Islam itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam itu Indah. Show all posts

Tazkirah Jumaat

SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.....
SYUKUR ALHAMDULILLAH :)

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

YA ALLAH,
Dekatkanlah aku dengan orang-orang baik....
Agar aku boleh mengikuti setiap kebaikan mereka....
Aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin

Tazkirah Jumaat

6 PESANAN UNTUK WANITA.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.



Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

kongsi dari 

Setia hujung nyawa


Tazkirah Jumaat

Orang yang bersedekah takkan jatuh miskin dan yang kedekut bersedekah takkan jadi kaya... 
Ayuh kita banyakkan bersedekah dengan hati yang ikhlas...


Tazkirah Jumaat

Gembiralah bila orang lain gembira, bahagialah bila orang lain bahagia. Jika anda ingin berjaya dalam apa sahaja yang anda lakukan, belajarlah doakan orang lain berjaya! Rezeki Allah swt Maha Luas dan tidak akan kering air di lautan hanya sebab kita mencedok segayung air darinya. #DAO




Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum
jom jadi Jutawan Akhirat 
1) Sedekah - Pendapatan pasif pahala sbg bekalan akhirat
2) Ilmu yg bermanfaat
3) Anak-anak soleh yg sentiasa mendoakan

by :DAO

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum
salam jumaat

WAKTU - WAKTU TERKABULNYA DO'A YANG SEHARUSNYA ANDA KETAHUI:

1. Ketika sahur atau sepertiga malam terakhir
2. Ketika berbuka puasa
3. Ketika malam lailatul qadar
4. Ketika adzan berkumandang
5. Di antara adzan dan iqamah
6. Ketika sedang sujud dalam shalat
7. Ketika sebelum salam pada shalat wajib
8. Di hari Jum’at
9. Ketika turun hujan
10. Hari Rabu antara Dzuhur dan Ashar
11. Ketika Hari Arafah
12. Ketika Perang Berkecamuk
13. Ketika Meminum Air Zam-zam

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..”

Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah

Selalulah beramal…


share


Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


Tazkirah Jumaat

buat baik selalu
insya allah hidup akan tenang

Tazkirah Jumaat

Bertaubatlah sebelum anda tiada peluang lagi yakni nafas terhenti


Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum



Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ahmad)


TEKA - TEKI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.

Imam Ghazali= Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Iman Ghazali = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = "tu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri